Monday 22 October 2012

Latihan Mengelaskan Sayur-sayuran

Kelaskan sayur-sayuran di bawah mengikut jenisnya.

Kubis

Lobak Merah

Petai

Bawang

Halia

Timun

Kailan

Lada

Kangkung

Kacang Kapri

Labu

Kacang Panjang

Sayur jenis:
Daun
Buah
Ubi
Kekacang

















Friday 19 October 2012


Ini gambar sayur yang terdapat di kebun datuk. Di kebun datuk ada pelbagai jenis sayur. Contohnya,

Sayur Jenis Daun
 Kangkung

Bayam 

Sawi 

Sayur Jenis Buah

 Labu 

Tomato 
Terang

Sayur Jenis Ubi

 Kentang
 Lobak 


Keledek 

Sayur Jenis Kekacang

Kacang Panjang
Kacang Botol 

Kacang Buncis


Wednesday 17 October 2012

Latihan Kata Adjektif


Isi tempat kosong dengan menggunakan kata adjektif warna berdasarkan gambar.

Gambar
Ayat Contoh

Adik suka makan epal _________ .

Rambutan ini berwarna ________ .

Ibu membelikan abang kemeja ______.

Miu menghadiahi Arif sebiji cawan ____ .

Bayi perempuan itu berambut _______.

Sunday 14 October 2012

TAJUK 2: Kata Adjektif


Kata adjektif ialah kata yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama .
Kata adjektif boleh diikuti oleh kata penguat seperti sangat, paling, sungguh dan amat.

Mari kita belajar kata adjektif warna hari ini!

Gambar
Ayat Contoh

Bunga raya berwarna merah.

Langit berwarna biru.

Bunga matahari berwarna kuning.

Lalang itu hijau.


Wednesday 10 October 2012

Latihan Kata Penguat



 
Bina ayat menggunakan kata penguat berdasarkan gambar yang ditunjukkan .

     Gambar

                          Ayat
1.
sangat




2.

sungguh






3.

betul






Tuesday 9 October 2012

TAJUK 1: Kata Penguat


Kata penguat ialah kata yang mendahului atau mengikut kata adjektif dan berfungsi  menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.Terdapat tiga jenis kata penguat:
 

            Jenis
        Contoh ayat

1. Penguat hadapan
  
  Letaknya di hadapan kata adjektif.



a) Seluar ini sangat longgar.

b)Jahitan Puan Ratna paling kemas.

c) Warna baju kebaya May Lee agak terang.

d) Harga kain limar ini terlalu mahal.


2. Penguat belakang

Diletakkan di belakang adjektif.


a)Jualan pakaian itu laris sekali.

b) Sekejap benar jualan murah itu diadakan.

c) Pemandangan di tepi pantai ini indah nian.


3. Penguat bebas

Letaknya di hadapan atau di belakang kata adjektif.

a)i. Samping yang dipakainya amat kemas.
  ii. Samping yang dipakainya kemas amat.

b)i. Dia pergi ke Pesta Jualan Murah sangat
      lama.
   ii. Dia pergi ke Pesta Jualan Murah lama
       sangat.

c)i. Suasana di sini sungguh nyaman.
  ii. Suasana di sini nyaman sungguh.